Bagi
memastikan kita sentiasa menggunakan udara yang sihat, kita perlu mengambil
langkah bagi memperbaiki kualiti udara yang sedia ada. Antara langkah yang kita
boleh ambil untuk memperbaiki kualiti udara adalah dengan:
·
Sumber-Sumber
Pencemaran
o
Pembakaran hutan
o
Asap-asap kenderaan
o
Asap-asap perindustrian
o
Letusan Gunung Berapi
o
Asap dari penggunaan cat dan jenis
pelarut yang lain
LANGKAH-LANGKAH MEMBAIKI UDARA
· Mewajibkan semua kilang menggunakan
penapis asap
Pihak berwajib harus memastikan kilang dan
syarikat yang terlibat dengan aktiviti membebaskan asap kilang ke
udara agar memasang penapis asap pada cerobong kilang masing-masing.
Ini adalah bagi memastikan tiada bahan berbahaya yang disebarkan
bersama-sama asap kilang tadi dan juga mengurangkan kuantiti asap yang dikeluarkan.
· Menganjurkan
kempen kesedaran kepada masyarakat
Kempen kesedaran boleh dianjurkan bagi
mendidik masyarakat dalam menangani isu ini dengan lebih baik.
Sekurang-kurangnya kempen cinta alam sekitar seperti ini dapat
meningkatkan lagi kesedaran masyarakat mengenai perihal pentingnya menjaga alam
sekitar.
· Gunakan kenderaan yang diselenggara
dengan baik
Kenderaan yang
digunakan seharusnya diselenggara dengan lebih baik.Ini bagi memastikan kenderaan yang
kita gunakan dapat meminimumkan pengeluaran gas yang terhasil.
Kenderaan yang kerap diselenggara lebih sedikit menghasilkan asap berbanding
kenderaan yang jarang diselenggara.
· Gunakan petrol tanpa plumbum
Penggunaan petrol tanpa plumbum juga
dapat meminimumkan pembebasan logam berbahaya ke udara.
Sekalipun petrol tanpa plumbum adalah lebih mahal berbanding petrol berplumbum, namun
sekiranya kesemua kita mempunyai kesedaran yang tinggi
terhadap alam sekitar, kita boleh bekerjasama bersama-sama
mengurangkan pencemaran.
· Berkongsi kenderaan
Amalan berkongsi kenderaan juga
merupakan amalan yang dapat mengurangkan pencemaran udara.
Dengan jumlah kenderaan yang sedikit berada di jalanraya, sudah tentu
jumlah bahan cemar yang dibebaskan ke udara juga adalah lebih sedikit.
Selain dapat mengurangkan pembebasan bahan cemar ke udara, amalan
berkongsi kendenraan ini juga dapat menjimatkan wang.
· Menggunakan
pengangkutan awam
Penggunaan kenderaan
pengangkutan awam juga mampu meminimumkan
penghasilan bahan cemar
udara. Seperti berkongsi kenderaan, penggunaan pengangkutan awam jelas
mengurangkan bilangan kenderaan persendirian yang berada di jalanraya. Sekaligu
ini dapat mengurangkan bahan cemar yang terbebas ke udara.
· Tanam
lebih banyak pokok
Usaha menanam lebih
banyak pokok juga dapat memperbaiki kualiti udara kita. Dengan jumlah pokok
yang lebih banyak, bermaksud kuantiti gas karbon dioksida dapat dikurangkan.
Malah kuantiti gas oksigen yang dibebaskan oleh tumbuhan juga dapat
diperbanyakkan lagi.
· Denda
yang tinggi bagi yang melanggar undang-undang.
Sebagai satu lagi
langkah mendidik masyarakat agar bertindak dengan lebih baik, denda yang tinggi
boleh dikenakan kepada mereka yang melanggar undang-undang. Sikap mereka ini
seharusnya dijadikan pengajaran kepada pihak lain agar lebih berhati-hati dalam
menangani hal yang melibatkan kualiti udara.