Penyakit sistem respirasi berpunca
daripada bahan-bahan berbahaya yang kita sedut daripada udara. Bahan-bahan
cemar udara yang tidak kelihatan ini dengan mudah untuk memasuki sistem
respirasi kita jika kita tidak mengamalkan langkah dan gaya hidup yang sihat.
Antara penyakit yang berkaitan dengan sistem respirasi :-
a) Asma
Penyakit
asma berpunca daripada habuk, asap rokok dan juga wasap industri.
Simptom bagi asma adalah sesak nafas, pernafasan yang berbunyi kuat dan juga
batuk.
b)
Bronkitis
Bronkitis pula adalah
radang pada bronkus yang disebabkan oleh tar dan bahan perengsa lain dalam asap
rokok. Antara gejala bagi sakit ini adalah batuk yang berterusan, sering
tercungap-cungap dan tidak dapat tidur.
c) Emfisema
Emfisime adalah
penyakit di mana alveoulus pesakit menjadi besar dan rosak. Keadaan ini
disebabkan oleh bahan pencemar udara yang tercemar terutamanya asap rokok.
Gejala bagi sakit emfisema adalah sesak nafas, sakit ketika bernafas dan
keletihan walaupun selepas kerja ringan.
d)
Kanser Peparu
Kanser paru-paru disebabkan
oleh karsinogen ataupun agen penyebab kanser pada asap rokok. Antara gejala
kanser peparu adalah batuk yang berterusan, kahak berdarah dan rasa sakit
ketika bernafas.
Statistik Penyakit