<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/4560905266058983332?origin\x3dhttp://farbutnevergone.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>



Rain and Wave
status: Onece a pon a time, there was a girl how lived in side a big big cave. It was too dark and you coldent see. It was smalla than a bug. and it blowd up. (If you one of 5sosfam, you'll see what I did there) Quotes: "keep smiling, beautiful. It will get better" - Ashton Irwin -
Contoh Forum Sains Band 6 (PBS Form 2)
Tuesday, 23 July 2013, 05:30
Actually, nad dah delete post ni. Dulu nad buat post ni pun sebab nak bagi ahli panel yang lain and pengerusi baca. So, lepas habis je pbs tu, nad cadang nak delete post ni. Then, tadi nad tengok dekat shoutbox, ramai suka post ni. Post ni sangatlah membantu korang. So, nasib baik nad still save yang copy punya. So, ni yang copy punya. But nad dah ubah sikit. Hee. Kalau korang nak resources yang lebih bagus, korang buat lah research dekat PbsOnline. Nad pun ambil soalan pbs ni dari situ. Hope post ni sedikit sebanyak dapatlah membantu korang buat pbs tu. InsyaAllah

Pengurusi : Aida
Ahli panel : Nadiah, Fatin, Ikhmal

Semua : Tibanya kami sudahlah lama,
              Datang dengan semangat membara;
              Mohon perhatian kalian semua,
              Kami ingin memulakan bicara.

Semua : Indah sungguh alam maya,
             Jagalah ia agar kekal lama;
             Dengarkan semua ucapan kami,
             Untuk difikirkan bersama-sama.

Semua : Indah sungguh ciptaan tuhan,
             Mentari merah diwaktu senja;
             Salam sejahtera kami ucapkan,
             Sebagai tanda pembuka bicara.

Aida / pengerusi : Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian, pada pagi ini, tajuk  forum kami adalah saling bersandaran antara organisma hidup dan persekitaran.
Antara tajuk yang kami akan sentuh pada pagi ini adalah kepentingan interaksi antara organisma hidup dan persekitaran, kebaikan dan keburukan kawalan biologi dalam pertanian dan kepentingan fotosintesis dalam mengekalkan ekosistem seimbang.
Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama, saudari Fatin Hidayah yang akan membentangkan tentang kepentingan interaksi antara organisma hidup dan persekitaran. Apa khabar saudari?

Fatin / Ahli panel 1 : Alhamdulillah sihat Cik Pengerusi. Cik Pengerusi pula bagaimana?

Aida / Pengerusi : Alhamdulillah, sihat juga. Seterusnya ahli panel kedua, kacak berbaju melayu saudara yang akan membentangkan serba sedikit mengenai kebaikkan dan keburukkan kawalan biologi dalam pertanian, Selamat datang saudara. Manakala ahli panel terakhir , nampak pemalu tapi bijak berkata-kata, saudari Nurul Nadiah yang akan membincangkan tentanh kepentingan fotosintesis dalam mengekalkan ekosisitem yang seimbang.Saya ucapkan ribuan terima kasih atas kesanggupan saudari dan saudara semua menghadiri majlis pada hari ini. Pada hari ini, saya ingin menyentuh tentang kepentingan interaksi antara organisma hidup dan persekitaran. Saudari Fatin Hidayah, apakah itu spesies populasi dan komuniti.

Fatin / Ahli Panel 1 : Pada saya interaksi antara organisma hidup dapat mengekalkan saiz suatu populasi dalam ekosistem. Interaksi antara organisma hidup dan persekitaran seperti mangsa pemangsa, simbiosis dan persaingan membolehkan ekosistem dikekalkan. Selain itu, saya ingin menyatakan di sini apabila suatu populasi meningkat dengan pesat, organisma dari spesies yang sama akan bersaing untuk mendapat keperluan asas. Akibatnya sesetengah organisma akan mati dan mengurangkan saiz populasi. Hadirin perlu tahu apa itu simbiosis sepertimana yang dikatakan oleh saudari Pengerusi. Hadirin perlu umum bahawa simbiosis terdiri kepada 3 bahagian. Komensalisme, Mutualisme dan Parasatisme. Selain itu, Mutualisme adalah apabila kedua dua organisma mendapat faedah. Contohnya burung gembala dan kerbau. Burung gembala makan kutu di badan kerbau manakala kerbau lebih selesa dan sihat. Komensalisme adalah apabila satu spesies organisma sangat memerlukan satu organisma yang lain manakala satu organisma yang lain tidak mendapat apa apa kerugian. Contohnya, ikan remora dan ikan yu. Ikan remora memerlukan ikan yu untuk mendapat makanan dan perlindungan. Yang terakhir, parasitisme adalah apabila satu organisma mendapat faedah dan satu organisma medapat kerugian. Contohnya cacing pita yang berada di dalam usus kecil manusia. Cacing pita gembira ada dalam usus makan itu ini, manusia pula yang sengsara.

Aida / Pengerusi : Kesimpulannya, hasil interaksi antara organisma hidup adalah sangat penting untuk mengawal saiz populasi dan mengawal keseimbangan ekosistem. Isu kedua kita pada hari ini adalah kebaikan dan keburukan kawalan biologi dalam pertanian. Pada zaman moden kini, petani lebih suka menggunakan bahan kimia untuk bercucuk tanam. Ini kerana, ia lebih efektif dan tidak mengambil masa yang lama. Manakala kawalan biologi pula mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri. Saudara Ikhmal, apa yang ada faham tentang kebaikan dan keburukan kawalan biologi? Boleh saudara terangkan serba sedikit kepada kami?

Ikhmal / Ahli panel 2 : Terima kasih saudari Pengerusi. Kawalan biologi, saya tak pasti lagi masih ada yang menggunakan cara ini dalam bercucuk tanam. Ini kerana kawalan biologi memerlukan masa yang lebih lama dan sukar dikawal kerana menggunakan organisma hidup. Contohnya, apabila kita mahu menghalau tikus dari kebun, kita perlu membeli burung hantu. Burung hantu memerlukan kos yang tinggi dan memerlukan masa. Tak pasal pasal sawit kita dah habis burung hantu tak jinak jinak lagi.

Aida / Pengerusi  : Bolehkah saudara Ikhmal menerangkan serba sedikit tentang kebaikan kawalan biologi?

Ikhmal / Ahli panel 2 : Perlu diingatkan, kawalan biologi juga mempunyai kebaikan tersendiri. Dengan menggunakan kawalan biologi kita dapat mengurangkan pencemaran alam kerana kita tidak menggunakan bahan kimia kerana kita menggunakan pemangsa seperti burung hantu. Selain itu, kesihatan manusia lebih terjamin kerana bahan kimia tidak digunakan untuk mengawal serangga dan makhluk perosak. Manakala, sayur dan buah selamat dimakan. Kawalan biologi juga dapat mengekalkan keseimbangan kitaran ekologi. Pemangsa membunuh mangsa tanpa menjejaskan ekologi dan habitat semula jadi serangga tidak terjejas. Selain itu, serangga lain yang terlibat dalam proses pendebungaan juga tidak terganggu. Akhir sekali, keseimbangan rantaian makanan juga tidak akan terjejas.

Aida / Pengerusi : Kesimpulannya, kawalan biologi mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Kawalan biologi mungkin memerlukan kesabaran yang tinggi tetapi kawalan biologi dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Isu terakhir kita pada hari ini adalah kepentingan fotosintesis dalam mengekalkan keseimbangan ekosistem. Saudari Nadiah, apakah yang dimaksudkan dengan fotosintesis?

Nadiah / Ahli panel 3 : Terima kasih saudari Pengerusi. Sebelum itu, saya ingin hadirin sekalian supaya ingat kembali apa itu fotosintesis. Fotosintesis adalah proses yang dilakukan oleh tumbuhan untuk menghasilkan glukosa dan oksigen daripada karbon dioksida dan air dengan kehadiran cahaya matahari. Setahu saya, fotosintesis adalah satu satunya proses yang dapat menukarkan tenaga cahaya daripada matahari kepada tenaga kimia. Tiada lagi cara lain bagi tumbuhan untuk membuat makanan. Fotosintesis dijalankan oleh tumbuhan. Tumbuhan pula adalah sumber utama tenaga bagi pengguna dalam siratan makanan. Fotosintesis menukarkan gas karbon dioksida ke gas oksigen Oleh itu ia membantu respirasi benda hidup dan mengurangkan kesan rumah hijau.
dioksigen ke gas oksigen.

Aida / Pengerusi : Bagaimana fotosintesis dapat mengekalkan ekosistem yang seimbang?

Nadiah / Ahli panel 3 : Fotosintesis juga terlibat secara langsung dalam kitar karbon dan kitar oksigen yang membantu mengekalkan kandungan gas dalam udara. Oleh hal yang demikian fotosintesis adalah penting dalam mengekalkan keseimbangan kandungan karbon dioksida dan oksigen dalam atmosfera bagi mencapai ekosistem yang seimbang.

Aida / Pengerusi : Kesimpulannya, ekosistem yang stabil , produktif dan seimbang menjanjikan kebaikan kepada diri dan alam.Terima kasih kepada hadirin sekalian yang sudi mendengar dan  ahli panel yang bersusah payah hadir untuk forum kali ini. Sekian terima kasih. Sehingga kita berjumpa lagi.

Semua : Assalamualaikum waramatullahi wabarakatu







credits
Layout: fallingcloudberries. (portfolio | blog )
Others: Scans Icons DD